Wednesday, December 23, 2009

Diposting di Melaka

Alhamdulillah.. setelah sekian lama, sejak meninggalkan Melaka dan duduk di perantauan orang 7 tahun, akhirnya hajat dan impian yg selalu diingini utk kembali menetap di Melaka akhirnya termakbul. Banyak sb kenapa sy mahu kembali ke Melaka, antaranya keadaan bapa yang sedang uzur di kampung. Lepas ni bolehla bagi lebih byk masa utk menjaganya. Sy akui sy bukanla anak yg baik..Tp terdetik dlm hati ni klu boleh nak beri sedikit kebaikan pada bapa. Sayu dlm hati bila tgk keadaannya..tak dpt sy bayangkn klu sy berada ditempatnya...
Bapa sy ni dulu seorang tegas orang..jarang kami adik beradik utk bersembang dengannya..apatah lagi meminta duit daripadanya. Selalunya jika berkaitan duit..semua minta pada Mak. Maklah akan berbincang dgn bapa berkaitan duit. Dapat duit brla diserahkan pada kami. Kira Mak jd perantara antara kami dgn bapa. Namun sikap ketegasannya itu takdelah sampai memukul anak-anaknya... Mungkin dia tak pandai nak bermesra dgn anak-anak bila diorg dah membesar. Walaupun begitu, apa yg sy banggakan sgt dgn bapa sy ni..walaupun dia kurang berckp dgn anak-anaknya, dia berjaya juga mengajar semua anak-anaknya mengaji seramai 12 orang. Alhamdulillah semunya katam Al-Quran bawah didikanya. Setelah pemergian Mak pada tahun 2002, Sy rs segala kebahagian yg kami ada selama ini diambil. Rasanya tak tahu bagaimana nak berkomunikasi dgn bapa selepas ketiadaan Mak. Adik beradik saya seramai 12 mungkin tak semua rasa hidup dengan bapa selepas ketiadaan Mak. Bapa menjalankn tanggungjawabbya sebagai bapa dan juga Mak. Sy teringat pd bulan puasa, beliaulah yg menyediakan makanan sahur utk saya dan adik. Itulah saat indah bagi saya dengan bapa..Kasih sayang seorg bapa pada anak yg selama ini tidak begitu nampak..sebenarnya ada pada diri dia..saya dan adik bertuah kerana merasai kasih sayang itu. Saya juga terharu, bila keadaannya yang sedang sakit..nama saya dan adiklah yg selalu dipanggilnya. Insyaallah..kesempatan yg diberikan utk mengajar di Melaka akan digunakan utk menjaga bapa. Akan bagi yg terbaik utknya..

Monday, June 15, 2009

Hari-hari terakhir di Melaka : 31Mei - 21Jun

Intan sedang posing di Sg Melaka..hehe
Sungai Melaka yang semakin cantik..

Saya sedaang menghitung hari-hari terakhir saya di Melaka. Beberapa hari perlu balik ke S.Petani..waduh tak dapat bayang letih bila memandu bali ke S.P nanti. Rasa macam taknak balik ke sana pun ada. Tapi nak buat mcm mana..nak taknak kena balik juga. cuti dah habis pun.. Saya dan isteri sudah berada di Melaka selama 2 minggu dan akan balik ke SP beberapa hari lagi. sedang menghabiskan sisa-sisa cuti lagi.

Insyaallah jika ada rezeki saya berdua akan berkhidmat di Melaka pada tahun, saya berharap sgt..sb saya rasa Melaka sgt best skrg..hehe..lebih baik dari ngri yang pernah sy tinggal sblm ni. Banyak kemajuan dan pembangunan di Melaka skrg..saya selaku anak negri Melaka sendiri pun rasa bangga dgn Melaka..Kalau korang tak percaya..meh la trn tengok sendiri Melaka sekarang.
Jika saya menetap balik di Melaka tahun hadapan (angan-angan :p) insyaallah juga saya akan aktif balik untuk mengambil gambar kahwin semula. Rasanya sudah hampir 6 bulan saya bercuti dari shoot wedding. Rindu plak rasanya...percaya atau tak..saya masih ada menyimpan angan-angan nak ada gallery photography di Melaka nanti..tp tak tahu la bila tercapai angan-angan tu..Saya harap angan-angan saya tu bukanlah spt angan-angan mat jenin.. :P

Meh turunnn Melaka..!!!!

Shah

Thursday, June 11, 2009

My wedding - 14 & 15 Mac 2009





Untuk maklumat semua rakan-rakan..disebabkan masih ramai kwn2 yang belum tahu berita perkahwinan saya dan isteri iaitu intan, saya mengambil ksempatan ini utk mengumumkan bahawa saya dan intan sudah selamat diijab kabulkan pada 14/3/2009 dan majlis pada 15/3/2009. Harap kawan2 dapat mendoakan kebahagian kami didunia dan diakhirat..insyaallah.
Harap maaf juga disebabkan kami tidak sempat untuk menjemput rakan-rakan semua utk dtg ke majlis kami. Saya akan ceritakan sebentar nanti ye..apa sebabnye..hehe..

Bagi saya saat manis yang saya idamkan selama ni sebenarnya bercampur dengan dugaan sekali..namun bagi saya, saya anggap mungkin ini adalah suratan takdir kami begini..dugaan yang kami tempuh amat berat bagi saya rasanya..hehe..mungkin apa yang akan saya tulis ini dapat jadi iktibar ataupun panduan utk kwn2 yang belum kahwin tu..

Ok, sebenarnya saya dan intan sekarang sedang dalam pengajian di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim di Sg Petani. untuk menjadi seorang Guru. Kami sudah mengikat tali pertunangan pada Ogos 2007. Kami merancang utk bernikah pada mulanya pada 8/8/2008. Tarikh baik le agaknye..hehe namun tarikh tu terpaksa ditunda lagi disebabkan sb2 yang tertentu..setelah itu kami merancang utk memilih bulan 2/2009.. Untuk dijadikan cerita..saya yang sebelum ni tak penah bercita-cita utk menjadi seorg guru..berminat utk mempunyai seorg suri rumah yang berstatus guru..saya percaya ramai lelaki di luar sana mahu org umah mereka seorang guru betul tak..hehe..So langkah pertama utk saya jadikan bakal org umah saya jadi seorg guru adalah beli pin no di BSN utk intan. biar dia aply masuk kpli. Namun tanpa dia sedari..saya juga beli pin utk saya sendiri..tapi isi borang online asing2..hehe.. Ini supaya saya tak mahu dia berubah fikiran plak nanti..So dipendekkan cerita bila dia da tahu saya pun aply gak..saya dan intan pg periksa kali pertama..bersama-sama..tempat yang sama..Di intiview pun tempat yang sama..intiview group pun group yang sama..dah dapat kpli pun di institu yang sama..belajar juga kursus yang sama..kelas pun di kelas yang sama..kelakar tak..hehe..Klu korang nak tahu..dulu pun belajar diploma dan degree pun di tempat yang sama..hehe..

Ok..seterusnya..bila dapat tawaran Kpli tu..kemasukan pada 12 januari 2009..Saya pun berpikir balik..saya ni betul2 ke nak jadi cikgu..ataupun main2 je..sb saya tak sangka sebenarnya percubaan kali pertama mphon kpli ni bleh dapat plak..Namun atas nasihat abg2 da rkn2..mereka menyatakan itu adlah rezeki utk kami sempena perkahwinan kami yang bakal kami lansungkan. Namun rezeki juga dtg dgn dugaan juga..di dalam kesibukan kami utk menyediakan persiapan utk perkahwinan..kami juga terpaksa menyibukkan diri dgn assigtment di institut..mmg sgt tension pada saat itu..tak tahu nak ckp camne..kami sibuk dgn jadual kuliah yg ketat..sibuk dgn aktiviti yg mcm2..juga tak lupa dengan keadaan poket yang sungguh menyedihkan.., Kami juga tak berkesempatan utk membuat persiapan dgn baik..try baju utk majlis pun seminggu sblm majlis tau..tu pun kami paksa diri juga utk balik dr Sg petani ke Melaka semata-mata utk try baju..isk2...Seminggu terakhir sblm majlis plak..kami juga terpaksa utk pergi ke Langkawi utk aktivit Pendidikan Luar. Aktiviti yang lasak..berkhemah, masuk utan, panjat bukit, berkayak, masuk gua..sampai muka pun naik hitam..Aktiviti PL tu abis 2 hari sblm majlis..kami terpaksa utk balik dari Langkawi guna Kapal terbang..sb nak sampai ke Melaka dgn cpt..Kami sampai di Melaka pada Khamis petang..Kami ada masa 1 hari utk saja lagi utk buat persiapan terakhir..Dan akhirnya mlm 14/2/2009..dengan keadaan letih di Langkawi masih belum hilang..kesan Sun burn di muka masih lagi melekat..Kami selamat diijabkabulkan. Saya sendiri tidak menyangka..saat manis saya akan jadi kelam kabut mcm tu..tp itula saya terima segala dengan reda..walaupun berbagai tohmahan saya terima..kesian juga pada isteri saya..sb saya tak dapat bagi majlis yg terbaik utk majlis perkahwinan kami..sy tak dpt buat semua tu sb saya masih bergelar pelajar..Bagi saya..intan adalah seorg yg tabah sebenarnya..sb dia bleh lalui semua ni..Majlis perkahwinan kami selamat dijalankan dengan status kami berdua sbg seorg pelajar.

Begitulah dugaan kami sehingga kami bergelar suami isteri..So harap fahamlah kenapa anda tidak dpt kad undangan dari kami ketika itu yer..Maafkan kami sb tak smpat nak edar kad jemputan. Disebabkan masa yang terhad. Harap pada kawan2 yang nak kawen tu..teruskan je niat murni tu..insyaallah akan berjalan juga majlis tu nanti..tetapi kena tabah juga hadapi dugaan yang datang nanti..hehe..Namun bagi saya walaupun perkahwinan kami ni dijalankan dalam keadaan kami berdua kelam kabut..namun ia tetap menjadi kenangan terindah bagi saya..

Shah

Sunday, May 17, 2009

Refreshh






SELAMAT HARI GURU




Salam buat semua..para sahabat..saya mulakan kembali blog saya ni yang hampir 5 bulan tidak diupdate..mungkin hari-hari yang semakin sibuk menyebabkan saya kurang berkesempatan update blog ne..Dikesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan untukmengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua para guru yang mulia.. 16 MEI 2009. Saya pun terharu gak tahub ni..sebab da begitu lama tidak menyambut hari guru..Dan sambutan hari Guru ni jugak yang paling seronok buat saya..hehe sb da jadi sebahagian dari warga pendidik jugak..

Buat semua sahabat..Guru ni umpama seorang Artis..yang bertanggungjawab melukis..murid itu umpama kanvas putih yang bersih..gurulah yang bertanggungjawab untuk membentuk murid itu menjadi Perdana Menteri ke..Menteri ke...Doktor ke...Arkitek ke...Ofis Boy ke...setiausha ke...photografer ke...semua adalah datang dr Guru juga. Saya sebelum ini juga yang tidak begitu kisah tentang seorang Guru..tetapi setelah dididik untuk menjadi guru..Jiwa atau Soul sbg Guru semakin menebal didalam hati saya..dan semangat untuk mendidik anak bangsa semakin menebal dalam hati saya..(hehe..poyo sungguh..) Dan saya juga menganggap kerjaya Guru ini adalah untuk akhirat..bukan duniawi semata..Dan intimewanya Guru ini adalah ia juga seperti berniaga MLM...yang ada downlinenya..dan yang pastinya seorang guru harus ikhlas untuk mengajar..tak kisah dimana dia dihantar..Sabah..Sarawak..Johor..pendalaman..Bandar..mereka akan tetap pergi demi anak bangsa..Wahai Guru saya juga..semoga anda semua diberkati oleh Allah S.W.T...kerana andala saya kini berada pada tahap ini...

Regards..

Shah

Sunday, November 23, 2008

Kenangan bebudak AD Uitm Lendu > 2000-2003

Juara Bola ketika sukan SCAM 3 tahun berturut-turut..

bermanja bersama abg bob..
Jejaka idaman melaya ne..




Ketika Diploma Show..

Gaya mat scoot ketika itu..haha

Kenangan Allahyarham Firdaus a.k.a Awe
Peh en Joe dgn camera paling canggih di abad itu..:P
Sape kah gadis ini..cube teka..hahaha
Bebudak ne bersama Leen Mafia

peh..mcm pro la bro..



Mlm ni..sesaje bukak hardisk lelame ne..tengok punye tengok..tejumpe folder gambar2 bebudak ni semua semasa belajar di uitm lendu..Zaman ni diorg tgh gile begambar..maklumla..mase tu masing2 baru beli digital camera yg 3 ratus lebeh tu..hehe..ingat tak..Mase ne..sape pakai camera tu paling up to datela..hehehe..Tah berape la untung cik Wan menjual camera tu eh.. :).. Rasenye..sy patut berkongsi dgn korang yg terlibat dlm kejadian dlm gambar ne..daripda terus luput dlm hardisk ni kan..So..korang tgkla muka masing2 yg da berubah tu eh..salah satunye syela..yg kurus gile mase tu..hahaha..

Kenangan belajar di uitm lendu ni mmg la takleh lupe..mmg seronok..bebeza dgn belajar di uitm shah alam..kureng best sikit..di uitm melaka ne..teringat zaman orientasi mase part 1 tu..mmg hampeh betul..bila ingt2 balik..rase lawak plak..ketawe sensorg..hehe..

Bebudak dlm gambar ne..yg kebanyakannya da bekawen..da beranak pinak..Tp insyaallah every year..akan ade REUNION...cume thn ne..kite tak dpt berkumpul sesama rasenye..insyallah next year pasti ade..klu korang tak buat..sy akan pastikan ianya ade..:)..so korang semua..mari kite enjoyyy..!!!

- Gambar atas belas ikhsan Along..bukan sy yg shoot..hehe

Regards
Shah